Panduan
Sumber Ilmu Hadith (siri 2)
Oleh
: Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti
al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com
Setelah kita mengetahui kitab yang
membicarakan ‘ilal hadith, maka adalah terlebih baik untuk kita sedari bahawa
ilmu dalam mengkelaskan hadith kepada taraf
Dhoif, Hasan atau Shohih sangat berkait rapat dengan ilmu tersukar dalam
bidang hadith dan juga yang terpenting iaitu ilmu Rijal atau ilmu mengenal
perawi-perawi hadith. Ia juga dikenali sebagai ilmu al-Jarh wa at-ta’dil.
Sebelum
mengemukakan kitab2 utama dalam bidang ini, elok bagi pembaca meneliti istilah
yang digunakan dalam menghukum seseorang perawi. Al-Hafiz Ibn Hajar
al-‘asqolani telah membahagikan martabat
perawi kepada 12 martabat, iaitu sebagai berikut :
1) Para
Sahabat, istilah sahabat menurut pemakaian ahli hadith adalah “Setiap Muslim
yang bertemu Nabi SAW selepas kenabiannya dalam keadaan ia hidup dan ia mati
dalam keimanan” ( Nuzhat al-Nazr, Ibn Hajar, ms 114, Takrif ini adalah yang
tershohih dibina atas takrif dari Imam al-Bukhari, Imam Ahmad dll, Lihat
Al-Isobah 1/11) . Takrif ini merangkumi syarat :
a.
Muslim
b.
Bertemu dengan Nabi SAW secara hidup.
c.
Berlaku pertemuan dgn Nabi setelah Baginda menjadi Nabi.
d.
Mati dalam keadaan Islam. Mereka yang murtad tidak dikira.
Syarat ini terpakai kepada lelaki, wanita,
kanak2 dan orang tua. Mereka berada di tahap yang tertinggi dalam martabat
perawi, Ijma’ ulama’ mengakui akan adil mereka. Al-Khatib al-Baghdadi di dalam
kitabnya ‘al-Kifayah fi ‘ilmi ar-Ruat’ menyatakan : “Adilnya para sahabat
thabit serta diketahui dengan ta’dil dari Allah dan khabaran Allah tentang
ke’adil’an mereka sebgmn firman Allah dlm surah Al-Imran ayat 110, Surah
al-Baqarah, ayat 143, Surah al-Fath ayat 18, Surah At-Tawbah ayat 100, Surah
al-Anfal ayat 64.” Semua ini membawa hukum qa’tie tentang adilnya mereka.”
Antara kitab yang termasyhur menyebut tentang
para sahabat adalah :
1.
al-Isti’ab fi ma’rifat al-ashab, al-Hafiz Ibn Abd Barr al-Qurtubi (463
H). Ia disusun menurut huruf mu’jam.
2.
Usdu al-Ghabat fi Makrifat al-Sahobat, Imam Ibn Athir (630 H),
Mengumpulkan 7554 biografi sahabat. Disusun menurut huruf mu’jam. Bgmn
disebutkan bahawa ada yang terdpt di dalam kitabnya bukan dari kalangan sahabat.
3.
Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahobah, Al-Hafiz al-Imam Ibn Hajar al-‘asqolani
(852 H). Disusun menurut huruf mu’jam. Jumlah sahabat di dalam kitabnya
mencecah 12,304 orang beserta biografi. Bgmnpun juga terdpt yang bukan sahabat.
Jumlah Sahabat:
1.
Imam as-Syafie menyebut jumlah muslimin ketika kewafatan Nabi seramai
60,000 orang. ( Lihat Ikhtisor ‘Ulum al-Hadith)
2.
Abu Zur’ah al-Razi menyebut : “Jumlah yang berada di Haji Wida’ adalah
seramai 40,000 orang, dan yang bersama Nabi semasa perang Tabuk seramai 70,000”
( Ikhtisor ‘Ulum al-Hadith Ibn Kathir, (dgn syarah al-Baith al-Hathith- Syeikh
Ahmad Syakir) ms 175, cet Dar al-Muayyid.)
Apapun,
jumlah sahabat yang meriwayat hadith adalah terhad, Menurut al-Hafiz al-Hakim
(sohib al-Mustadrak) iaitu sekitar 4000 orang shj, bgmnpun al-Hafiz az-Zahabi
menyatakan hanya lebih kurang 1500 orang dan tidak lebih dari 2000 orang.(Fath
al-Mughis, al-Hafiz al-Iraqi, 3/124, cet ‘alam al-Kutub)
Perbincangan berkenaan jumlah ini dipendekkan
dengan pandang yang dianggap palling tepat iaitu:
a.
Senarai perawi dr kalangan sahabat yang disusun oleh al-Imam Ibn Jauzi
hanya mencecah 1858 orang. Bgmnpun di antara mereka ada yg tidak sah sbg
perawi.
b.
Di dalam Musnad Ahmad hanya terdpt lebih kurang 1565 orang rawi shj dari
kalangan sahabat.
Justeru yang paling hampir dgn kebenaran adalah
yang disebut oleh al-Hafiz az-Zahabi, demikian menurut Prof. Dr Akram Dhia
al-Umari dlm tahqiq kitab Baqi Muhlid al-Qurtubi, ms 151.
Sahabat yang terbanyak meriwayat hadith seperti
berikut (Lihat al-Baith al-Hatith ms 85):
1.
Abu Hurairah ra : 5374
hadith.
2.
Abdullah Bin Umar (Ibn
Umar ra) : 2630 hadith.
3.
Anas Bin Malik ra :2286
hadith.
4.
A’isyah Umm al-Mukminin
ra : 2210 hadith.
5.
Abdullah Ibn ‘Abbas (Ibn
‘Abbas) ra : 1660 hadith.
6.
Jabir Bin Abdullah ra :
1540 hadith.
7.
Abu Sa’id al-Khudri ra :
1170 hadith.
2) Pujian
dengan menggunakan ayat penguat seperti : awthaqu an-Naas, atau dengan
perulangan secara lafaz spt : ‘Thiqah Thiqah’ , atau perulangan secara ma’na
spt : ‘thiqah hafidz’
3) Kata pujian dengan sesuatu sifat tanpa
perulangan spt : Thiqah, Mutqin, Thabat atau ‘Adil.
4)
Disebut dengan kata spt : suduq, La
baksa bih, Laisa bihi baksun ( MARTABAT INI KURANG SEDIKIT DARI TIGA MARTABAT
DI ATAS).
5)
Disebut dengan kata spt : Suduq saiyi al-Hifdz, Suduq yuhim atau lahu awham,
atau taghayyar biakharatin (biaahiratin) atau suduq yukhtik, begitu juga sesiap
yang dituduh dengan apa jua bid’ah spt Syiah, Qadariyah, Jahmiyyah dll.
6) Iaitu
sesiapa yang tidak meriwayat hadith kecuali sedikit, seta tidak thabit pd riwayatnya, maka disebut dgn : Maqbul atau
layyin al-hadith.
7)
Diriwayat darinya lebih dari seorang tetapi ia tidak dipercayai atau tidak
disebut apa2 tentangnya dari perawi yang mengambil darinya, maka tidak
diketahui hal sebenarnya. Ia disebut dgn lafadz : Mastur, Majhul al-Hal.
8) Mrk
yang tidak mendapat kepercayaan dari ahli hadith serta terdpt yang
mengatakannya sbg dhoif wp tidak diperincikan. Mrk ini disebut dgn lafadz
‘Dhoif.
9) Sesiapa
yang hanya diriwayatkan darinya oleh seorg shj serta tidak dipercayai. Maka
disebut Majhul.
10)
Sesiapa yang langsung tidak dipercayai, di dhoif kan dgn penjelasan. Mrk
disebut Matruk, Matruk al-Hadith, Wahi al-Hadith atau saqit.
11) Mrk yang ditohmah dgn pembohongan. Iaitu
al-kizb.
12) Mrk yang digelar pembohong (al-kizb) atau
pereka hadith (al-wad’)
Begitulah 12 maratib perawi hadith menurut
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani dalam kitabnya Taqrib al-Tahzib iaitu di bhg
muqaddimah.
Menurut Al-‘Allamah al-Muhaddith al-Syeikh Ahmad
Muhd Syakir, kumpulan 1-3 adalah shohih di peringkat tertinggi (bidzatihi),
martabat di nombor 4 adalah shohih peringkat kedua (hasan lidzatihi).
Bgmnpun setelah ditahqiqkan pandangan tersebut
maka secara ringkasnya. Martabat 1-6 berada di peringkat ta’dil. Manakala
bermula dari 7 ia adalah peringkat ‘jarh’( Dr. Walid Hasan al-‘Aani, Manhaj
ad-Dirasat al-Asanid wa al-Hukm ‘alaiha, cet Dar an-Nafais, ms 37).
Manakala seseorang perawi tidak akan di ‘ta’dil’
kan kecuali memunyai 2 perkara :
1. Beragama daan amanah, iaitu seorg Muslim,
baligh, beraqal, serta terpelihara dari sebab2 fasiq dan mencalar maruah.
2. Dhobid daan itqan, iaitu meriwayat hadith
sbgmn yang didengarinya : dhobid terbahagai 2 iaitu dhobid sodr (hafalan) atau
dhobid kitab (dgn tulisan). ( Dr Hammam Said, Tamhid fi ‘ulum al-hadith, ms
152)
Bagi men’jarh’ seseorang rawi maka disyaratkan
setelah menyatakan ia sbg matruk contohnya, DISYARATKAN DISUSULI PENJELASAN
SEPERTI SELALU LUPA dll.
Kitab-kitab utama yang mengandungi maklumat jarh
dan ta’dil para perawi hadith adalah seperti berikut :
1.
al-Jarh wa at-ta’dil, al-Imam Abi Hatim al-Razi (w 327 H)
2.
al-Kamil, Al-Hafiz Ibn ‘Adi (w ….)
3.
Tahzib al-Kamal fi asma’ ar-Rijal, al-Imam al-Mizzi (w 742 H)
Sebuah kitab khusus pada perawi2 kitab yang
enam.
4.
Tarikh Baghdad, al-Hafiz Ahmad Bin Ali al-Khatib.
5.
Mizan al-I’tidal, Al-Imam Al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi (w 748 H).
Menggabungkan pendpt2 imam sebelumnya serta ditambah dgn pandangannya secara
peribadi terhdp seseorg perawi.
6.
At-Takmil fi ma’rifat at-Thiqat wa dhu’afa’ wa al-Majahil, Al-Hafiz Ibn
Kathir (w 774 H) Gabungan antara Mizan al-I’tidal dan Tahzib al-Kamal. Beliau
menyertakan juga tambahan2 penting.
7.
Tahzib al-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani (852 H). Beliau
meringkaskan Tahzib al-Kamal serta membuat penambahan dan komentar yang
penting.
8.
Taqrib at-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani (852 H), ringkasan
kitab beilau sendiri.
9.
Lisan al-Mizan fi naqd al-rijal, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani (852
H), tambahan terhdp apa yang dinayatakan dlm kitab Mizan al-I’tidal.
Dan ratusan lagi kitab yang mengandungi maklumt
jarh dan ta’dil, bgmnpun demkianlah antara kitab yang utama bagi rujukan para
pembaca.
Dengan bantuan kitab2 ini, maka insyaAllah kita
akan dapat mengetahui status hukum sesuatu hadith. Iaitu melalui penelitian
terhadap para perawi.
Manakala bagi mereka yang agak kurang mempunyai
masa untuk membuat penelitian tersbeut, bolehlah merujuk kitab2 berikut bagi
mengetahui hadith2 mawdu’ dan dhoif. Antara kitab yang menyebut hadith mawdu’
(hadith palsu serta rekaan) yang utama adalah :-
1.
Al-Mawdu’at, Al-Imam al-Hafiz Jamal ad-Din Ibn al-Jawzi (597 H).
Menggabungkan hadith2 mawdu’ yang diambil dari kitab al-Kamil, Ibn ‘adi,
ad-Dhua’afak oleh Ibn Hibban, al-‘Uqaiyli, abu al-Fath al-azdi, juga apa yg
terdpt di dalam tafsir Ibn Mardawaih, ketiga 2 Mu’jam at-Tobrani, Ad-Darul
Qutni, juga dari karangan Khatib al-Baghdadi, Ibn Nu’aim, Ibn Shahin, Tarikh
al-Hakim.
Berkata Al-Hafiz al-Sakhawi: “Masih tertinggal byk hadith mawdu’ jugaa
beliau merupakan orang yang mutasahil (beringan2) dalam menghukum hadith dalam
kitab ini. Beliau juga telah membawa hadith2 shohih serta dhoif ke tahap
mawdu’”.
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani : “
Tasahul (sifat meringan2 dlm meletak hukum) ia juga tasahulnya al-Hakim
menyebabkan ,menghilangkan manfaat dr kitab mereka berdua”( Muqaddimah
al-Maqasid al-Hasanah, Al-Hafiz as-Sakhawi, oleh pentahqiq kitab).
Sehinggakan menurut ahli Hadith, Ibn Jawzi telah
meletakkan hadith2 yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam
kitab Mawdu’aat oleh beliau.
2.
Al-Lalik al-Masnu’ah fi al-ahadith al-Mawdu’ah, Al-Hafiz Jalaluddin
al-Suyuti (911 H). Mengandungi banyak kandungan kitab al-Mawdu’at Ibn al-Jawzi
serta tambahan2, juga membawakan kandungan dr Tarikh Ibn ‘asakir, Ibn
al-Najjar, Musnad Firdaus, al-Dailami, dll. Ia telah berperanan juga sebg
pentahqiq tasahul Ibn Jawzi.
3.
Tanzih as-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-akhbar as-Syani’ah al-Mawdu’ah,
Al-Allamah al-Muhaddith Muhd Bin ‘Iraq al-Kanani al-Syafie (963 H). Dianggap
sbg kitab yang terlengkap, menggabungkan Ibn Jawzi dan al-Suyuti serta disusun
menurut tertib keduanya. Ia juga dianggap sbg khulasah terhdp semua kitab
mawdu’at, berserta tahqiq ilmi dan kajian yang lengkap. Dita’liq oleh
Al-allamah al-Muhaddith Abdullah bin Muhd al-Ghumari bersama beberapa
rakan2nya.
4.
Al-Fawaid al-Majmu’ah, Abu Abdullah Muhd al-Syami al-Solihi (942 H).
5.
Al-Habbat al-sunniat fi al-ahadith al-mawdu’at, al-Muhaddith Ali bin
Sultan al-Qari (1014 H).
6. Al-Fawaid al-Majmu’ah, Al-Imam al-Qadhi
Muhd bin Ali as-Syawkani (1250 H). Bgmnpun terdpt dalamnya hadith2 shohih dan
hasan. Beliau dianggap mutasyaddidin dalam hal mawdu’aat. Demikian dimaklumkan
oleh Abd al-Hayy al-Laknowiyy.
7.
Al-athar al-Marfu’ah fi al-ahadith al-Mawdu’ah, Abu al-Hasanat Abd
al-Hayy al-Laknowiyy al-Hindi (1304 H).
8. Dhoif al-Jami’ al-Shogir wa ziadatihi
(al-Fath al-Kabir), dan juga Silsilah al-ahadith ad-dhoifah, Al-Allamah
al-Muhaddith Muhd Nasiruddin al-Albani. Cetakan al-maktab al-Islami.
Mengumpulkan lebih 30 kitab dari pelbagai ulama’ mutaqaddimin dan mutakhirin.
Bgmnpun kitab ini dan kitab2 tulisan al-Albani mendapat kritikan hebat dari
Al-Syeikh Hasan Saqqaf.
Sebenarnya terdpt byk lagi kitab2 yang ditulis
dlm mendedahkan perihal kedhoifan dan mawdu’ hadith, bgmnpun cukuplah sekdr
menyebut yang lebih kerap menjadi rujukan ilmiah, iaitu sbgmn yang termaktub di
atas.
Adalah
baik juga kiranya disebutnya beberapa buah kitab yang mashyur tetapi sebenarnya
mengandungi banyak hadith2 mawdu’ dari sumber israiliyyat. Ianya seperti
berikut :
1. Kitab2 karangan al-Waqidi, spt Futuh
as-Syam serta lainnya.
2.
Tanwir al-Miqbas, Tafsir Ibn Abbas, diriwayatkan dari sumber yang tidak
dipercayai dan pembohong iaitu al-Kalabi dan As-Suddi dan al-Muqatil. Demikian
menurut Al-Imam as-Suyuti.
3.
Qisosul al-Anbiak, al-Tha’labi.
4.
Nuzhat al-Majalis, al-Sofuri
5.
Ar-Rawd al-Faiq fi al-Mawaidz wa al-Raqaiq, Al-Harrifisyh. Sbgmn
dimaklumkan oleh al-Bairuti. Dan lain2.
Sebagai
akhirnya, disebutkan di sini beberapa kitab2 utama dalam ‘ulum al-Hadith.
1.
‘Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah (643 H).
2.
Al-Ba’ith al-Hathith Syarh Ikhtisor ‘ulum al-Hadith Ibn Kathir,
al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir
3.
Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-‘iraqi (860 H).
4.
Al-Iqtirah, Al-Hafiz Ibn Daqiq al-‘aid.
5.
Al-Muqni’, Ibn Mulaqqin.
6.
Al-Nukat ‘ala kitab Ibn Solah, Al-Hafiz Ibn Hajar (852 H)
7.
Al-Tabshiroh wa al-Tazkirah, al-Hafiz al-Iraqi (860 H)
8.
An-Nasikh wa al-Mansukh fi al-ahadith, Ibn Shahin (385 H).
9.
An-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-athar, Al-Hafiz Ibn al-Athir (606
H).
10.
As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri’ al-Islami, Dr Mustofa as-Siba’ie.
11.
At-Tamhid fi ‘ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.
12.
At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi (860 H)
13.
Fath al-Bari Syarh Shohih al-Bukhari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani.
14.
Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi (902 H).
15.
Ikhtilaf al-Hadith, Al-Imam As-Syafie (204 H).
16. Ma’rifah
‘Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim
17.
Ma’rifat al-Sunan wa al-Athar, al-Imam al-Baihaqi al-Syafie (458 H)
18.
Musykil al-Hadith wa bayanuh, Ibn Furak (406 H)
19.
Nasbu al-Rayah, Al-Hafiz al-Zaila’ie (762 H)
20.
Qawaid al-Tahdith min funun Mustolah al-Hadith, Al-Allamah Jamaluddin
al-Qosimi (1332 H)
21.
Syarh ma’ani al-Athar, al-Imam at-Tohawi al-Hanafi (321 H)
22.
Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani, Imam Ali Al-Qari
(1014 H).
23.
Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.
24.
Tadrib al-Rawi, Al-Imam As-Suyuti (911 H).
25.
Talkhis al-Khabir, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani (852 H).
26.
Tarikh at-Turath al-‘arabi, Fuad Sazkin.
27.
Tawjih al-Nazr Ila Usul al-Athar, Al-Jazairi ( 1332 H)
28.
Zad al-Ma’ad, Al-Imam Ibn Al-Qayyim al-Hanbali (751 H).